Aksi menawan Goh Liu Ying.
Aksi menawan Goh Liu Ying.
Saiful Affendy Sapran


SENSASI beregu campuran profesional negara, Goh Liu Ying menarik perhatian netizen menerusi satu hantaran di akaun Instagram dan Facebook miliknya.

Dengan wajah menggoda, Liu Ying berkongsi pendapat dan bertanya kepada peminatnya bagaimana kehidupan hari pertama selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Apa perasan hari pertama pergi kerja selepas #MCO (PKPB). OK la tak ada jam (sesak) sangat," tulis Liu Ying.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 bersama Chan Peng Soon itu memuat naik gambarnya di dalam kereta dengan memakai cermin mata.

Chan Peng Soon bentuk keserasian bersama Valeree Siow
Chan Peng Soon bentuk keserasian bersama Valeree Siow

Menerusi ruangan komen, Liu Ying menulis: "Nampaknya cermin mata saya menarik minat anda.

"Mempunyai perwatakan menarik, Liu Ying sememangnya dikenali sebagai seorang atlet yang pandai bergaya dan jauh berbeza berbanding aksi hebatnya ketika di atas gelanggang.

Dia serta Peng Soon ketika ini sedang memburu tiket untuk layak sekali lagi ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2020 @ 7:53 PM