IBISEVIC (kiri) antara penyumbang gol buat pasukan Hertha ketika menumpaskan Union 4-0 semalam. FOTO AFP
IBISEVIC (kiri) antara penyumbang gol buat pasukan Hertha ketika menumpaskan Union 4-0 semalam. FOTO AFP
AFP

PASUKAN tuan rumah, Hertha berjaya memenangi aksi sejiran Berlin selepas membelasah Union 4-0 dalam perlawanan di Stadium Olympic yang hampir kosong walaupun berkapasiti 74,000.

Hertha melonjak ke tangga ke-10 selepas aksi kedua Bundesliga yang terhenti akibat Covid-19, disambung semula sejak hujung minggu lalu.

Empat gol pada separuh masa kedua melalui Vedad Ibisevic, Dodi Lukebakio, Matheus Cunha dan Dedryck Boyata sudah cukup untuk memberikan kemenangan penting buat Hertha.

"Pada separuh masa pertama kami bermain dengan agak baik, terutama ketika melakukan sekatan ke atas serangan lawan.

"Saya harus berterus terang bahawa pasukan saya kembali bangkit pada separuh masa kedua. Akhir sekali kami gembira kerana memperoleh mata yang sangat penting dalam persaingan di zon penyingkiran," kata jurulatih Hertha, Bruno Labbadia.

Labbadia meletakkan pemain tengah Republik Czech, Vladimir Darida dalam kesebelasan utama dan ia adalah satu-satunya perubahan dilakukan berbanding aksi hujung minggu lalu yang menyaksikan mereka menang di Hoffenheim.'

Pengendali Union, Urs Fischer, yang membawa kelab dari Berlin Timur itu buat kali pertama beraksi di liga utama, membariskan empat muka baru dalam kesebelasan utama selepas kalah kepada Bayern Ahad lalu.

Bertafakur selama seminit dilakukan sebelum sepak mula di ibu negara Jerman itu bagi memperingati mangsa Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 10:00 AM