DOA daripada warga Madrasah Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Telok Mas  iringi perjuangan Melaka United musim ini. FOTO Nazri Abu Bakar
DOA daripada warga Madrasah Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Telok Mas iringi perjuangan Melaka United musim ini. FOTO Nazri Abu Bakar
Nazri Abu Bakar


KETIKA saingan Liga Malaysia hangat diperkatakan, pelajar Madrasah Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Telok Mas diberi peluang menyaksikan aksi pramusim membabitkan Melaka United (MU) berdepan UKM FC di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, semalam.

Ketua pentadbir madrasah berkenaan, Khairul Anuar Adnan berkata, mereka gembira diundang melawat kemudahan stadium dalam masa sama menyaksikan perlawanan.

Katanya, kira-kira 40 pelajar diberi kesempatan bertemu dan beramah mesra dengan pemain dan barisan jurulatih skuad berkenaan.

"Bagi kami, ia juga ruang buat pelajar merasai suasana perlawanan Liga Malaysia yang dijangka sengit dan menarik musim ini.

GURU dan pelajar Madrasah Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Telok Mas bergambar kenangan di Stadium Hang Jebat.
GURU dan pelajar Madrasah Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Telok Mas bergambar kenangan di Stadium Hang Jebat.

"Walaupun sekadar aksi pramusim, namun semua pelajar amat teruja pertama kali mengunjungi dan melawat kemudahan stadium,"katanya.

Pelajar, Alif Firdaus Mohammad, 16 berkata, dia menjangkakan pasukan Melaka mampu muncul antara pasukan mantap pada musim 2020.

Dia yang juga pemain bola sepak madrasah berkenaan amat seronok dapat bertemu bintang bola sepak negara termasuk Khairul Fahmi Che Mat, Safiq Rahim dan Razman Roslan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 January 2020 @ 11:34 AM