Guardiola (kiri) mahu Jesus lebih tajam di depan pintu gol. FOTO REUTERS
Guardiola (kiri) mahu Jesus lebih tajam di depan pintu gol. FOTO REUTERS
Reuters

MANCHESTER City tidak akan memenangi Liga Juara-Juara (UCL) musim ini melainkan mereka lebih tajam di depan pintu gol kata pengurus, Pep Guardiola.

Pengendali dari Sepanyol itu berkata ketika skuadnya menang 2-0 ke atas Crystal Palace di tempat lawan pada saingan Liga Perdana minggu, kelmarin.

Gabriel Jesus dan David Silva menemui sasaran ketika City meraih tiga mata di Selhurst Park membolehkan skuad Guardiola yang kini berada di tangga kedua merapatkan kedudukan kepada Liverpool dengan enam mata.

Gol Jesus menentang Palace adalah gol ke-50 buat pemain Brazil itu tetapi Guardiola menegaskan pemain berusia 22 tahun itu juga terlepas beberapa peluang ketika perlawanan itu.

“(Jesus) sangat muda,” kata Guardiola.

“Kami terlepas banyak peluang. Kami perlu menjadi lebih kemas. Apabila orang bercakap mengenai UCL yang menjadi sasaran, kami masih belum bersedia tetapi kami boleh meningkat.”

City mendahului carta jaringan gol EPL dengan 29 musim ini, tujuh lebih banyak berbanding pendahulu liga, Liverpool.

Biarpun mengkritik skuadnya, Guardiola berpuashati dengan barisan serangannya.

City akan beraksi dalam saingan UCL apabila menanti kunjungan kelab Itali, Rabu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober 2019 @ 5:52 PM