Wright (kanan) puji kreativiti Firmino. FOTO REUTERS
Wright (kanan) puji kreativiti Firmino. FOTO REUTERS
Agensi

PENGULAS sukan, Ian Wright memuji persembahan pemain Liverpool, Roberto Firmino selepas penyerang Brazil itu mempamer aksi menarik ketika skuadnya menang ke atas Newcastle United.

Pemain berusia 27 tahun itu yang bermain dengan baik ketika di Turf Moor sebelum rehat antarabangsa sekali lagi mempamer kreativitinya di Anfield, semalam.

Firmino dimasukkan sebagai pemain gantian pada m-37 mengambil alih peranan penyerang Belgium, Divock Origi membuktikan betapa penting kehadiran pemain Brazil itu bersama trio pasukan membentuk gandingan bersama Mane dan Mohamed Saleh.

Sentuhannya terbukti memberi padah kepada lawan ketika membantu jaringan ketiga Liverpool.

Firmino melorongkan bola kepada Salah yang memberikan peluang kepada penyerang Mesir itu menolak masuk melepasi Martin Dubravka untuk memastikan tiga mata buat skuad Jurgen Klopp.

Peminat turut memberi reaksi terhadap gaya Firmino di media sosial.

Wright yang juga legenda Arsenal membuat ciapan: “Pemain hebat! Roberto Firmino! Sentuhan genius.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 September 2019 @ 6:33 PM