DE Gea memasuki tahun terakhir kontraknya di Old Trafford. — FOTO premierleague.com
DE Gea memasuki tahun terakhir kontraknya di Old Trafford. — FOTO premierleague.com
AFP

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tetap yakin penjaga gol David de Gea akan terus komited masa depannya di kelab itu sekalipun memasuki tahun terakhir kontraknya.

United berharap pemain kebangsaan Sepanyol itu akan menandatangani kontrak baharu sebelum musim bermula, namun masih menanti keputusan De Gea.

Ketika ini, pemain berusia 28 tahun itu bebas berbincang dengan mana-mana kelab Eropah bermula 1 Januari depan dan meninggalkan kelab secara percuma pada musim panas akan datang.

United dilapor menawarkan kontrak sekitar £290,000 (RM1.5 juta) seminggu untuk menjadikan De Gea pemain dengan bayaran termahal di samping Paul Pogba, namun masih jauh berbanding £400,000 (RM2.08 juta) seminggu diterima Alexis Sanchez di Old Trafford sebelum dia dipinjamkan ke Inter Milan.

DE Gea (kanan) dipersalahkan selepas United tewas di tangan Crystal Palace. — FOTO premierleague.com
DE Gea (kanan) dipersalahkan selepas United tewas di tangan Crystal Palace. — FOTO premierleague.com

“Saya memang tidak terbabit langsung dalam semua rundingan, tapi saya amat yakin kami mampu menangani semua ini,” kata pengendali dari Norway itu.

“David tidak pernah menyatakan apa-apa kepada saya, kecuali dia sayangkan kelab ini, dia mahu kekal di sini dan dia menikmati masa yang fantastik. Jadi harapnya kami boleh mengatasi masalah ini.”

Rundingan mengenai masa depan De Gea di Old Trafford dikatakan tertangguh susulan prestasi buruk yang ditampilkan pada hujung musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 September 2019 @ 11:02 AM