De Gea akan tandatangani kontrak baru bersama Red Devils sebelum Piala Dunia. FOTO Reuters
De Gea akan tandatangani kontrak baru bersama Red Devils sebelum Piala Dunia. FOTO Reuters
The Sun

DAVID De Gea bersedia menandatangani kontrak baru selama lima tahun bersama Manchester United dengan nilai £350,000 (RM1.92 juta) seminggu.

De Gea yang dimahukan oleh Real Madrid pada musim panas ini, dijangka menandatangani kontrak sebelum beraksi pada Piala Dunia di Russia.

David de Gea juga dikatakan akan menandatangani kontrak mewah lanjutan di Manchester United.

Dia akan menjadi pemain kedua meraih pendapatan tertinggi dalam sejarah kelab itu, berada di belakang Alexis Sanchez yang menerima pendapatan sebanyak £505,000 (RM2.74 juta) seminggu.

Perbincangan dengan penjaga gawang dari Sepanyol berusia 27 tahun itu akan bermula bulan ini selepas rundingan awal dibuat awal tahun ini.

United yakin dia akan memberi komitmen masa depannya di Old Trafford selepas beberapa tahun spekulasi bertebaran dalam kancah EPL.

Sumber dalam United memberitahu: "Kelab (United) mahu perkara itu diselesaikan. Ia perlu dilakukan di depan mata mereka”.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 April 2018 @ 12:30 PM