Pahang harap sentuhan Nwakaeme (kiri) dan Kaimbi robek benteng Sabah. FOTO NSTP
Pahang harap sentuhan Nwakaeme (kiri) dan Kaimbi robek benteng Sabah. FOTO NSTP
Asrol Awang


SENTUHAN berbisa Dickson Nwakaeme dan Lazarus Kaimbi menjadi taruhan skuad Pahang apabila melayan Sabah di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam esok. 

Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, prestasi dipersembahkan dua pemain itu semakin baik dan sangat diperlukan bagi memastikan Pahang kekalkan rentak kemenangan.

"Setakat ini, saya amat berpuas hati dengan komitmen Nwakaeme dan Kaimbi yang semakin menunjukkan persefahaman. 

"Pencapaian ini diharap berterusan bagi memastikan Pahang layak ke suku akhir Piala Malaysia dan seterusnya ke pentas final. 

"Prestasi Kaimbi yang semakin bagus dan dia juga sentiasa berusaha untuk mempamerkan aksi terbaik pada setiap perlawanan," katanya. 

Ketika Pahang menewaskan Sabah 2-1 pada 17 Ogos lalu, Nwakaeme dan Kaimbi, masing-masing menjaringkan satu gol. 

Ditanya peluang skuad itu untuk menewaskan Sabah, Dollah percaya skuad itu tidak berdepan masalah. 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Ogos 2019 @ 3:49 PM