MESSI dan Ronaldo ketika menghadiri  FIFA Ballon d'Or Gala  di Zurich, Switzerland pada 12 Januari 2015.  - FOTO Agensi
MESSI dan Ronaldo ketika menghadiri FIFA Ballon d'Or Gala di Zurich, Switzerland pada 12 Januari 2015. - FOTO Agensi
AFP

CRISTIANO Ronaldo mengakui persaingan dengan ‘musuh’ lamanya, Lionel Messi menjadikan dia pemain lebih baik dan menikmati perseteruan sihat dengan bintang Argentina itu.

Bagaimanapun, pengaruh Ronaldo di Real Madrid yang dibayangi karisma Messi di Barcelona sebelum meninggalkan Juventus turut mengakui mereka tidak pernah bersosial bersama.

"Saya benar-benar mengagumi Messi dan dia pernah berkata dia sedih apabila saya meninggalkan Sepanyol kerana dia amat menghargai persaingan antara kami,” kata Ronaldo kepada TVI di Portugal.

"Ia persaingan sangat bagus tetapi tidaklah unik -- Michael Jordan mempunyai pesaing dalam bola keranjang selain Ayrton Senna dan Alain Prost di Formula 1. Mereka memiliki persamaan iaitu persaingan sihat.”

Ronaldo dan Messi masing-masing memenangi Ballon d'Or lima kali, faktor yang membantu kemajuan karier mereka berdua.

"Saya tanpa ragu-ragu akui Messi menjadikan saya pemain lebih baik dan begitu juga sebaliknya. Apabila saya menang trofi, ia seperti satu sengatan kepada dia, begitu juga apabila dia menang trofi.

"Kami mempunyai hubungan profesional yang cemerlang kerana berkongsi memori sama selama 15 tahun. Kami tidak pernah makan bersama tetapi saya berharap dapat menikmatinya pada masa hadapan.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Ogos 2019 @ 7:45 AM