Solskjaer (kanan) mahu Sanchez kekal di Old Trafford. FOTO REUTERS
Solskjaer (kanan) mahu Sanchez kekal di Old Trafford. FOTO REUTERS
Agensi

OLE Gunnar Solskjaer mahu Alexis Sanchez kekal di Manchester United dan membuktikan kritikan dilemparkan kepadanya tidak tepat.

Sanchez yang menarik minat kelab Serie A menjelang jendela perpindahan Eropah yang akan ditutup pada 2 September tetapi gajinya terbukti menjadi halangan untuk perpindahan.

Dengan bil keseluruhan untuk menandatangani Sanchez mungkin berpotensi mencecah £560,000 (RM3.3 juta) seminggu jika diambil kira semua aspek membabitkan tempoh selama empat setengah tahun.

Solskjaer bertegas mengatakan Sanchez yang tidak melengkapkan 90 minit sepanjang setahun bersama kelab itu, akan kekal di Old Trafford musim ini dan dia mahukan pemain Chile itu kembali menyengat musim ini.

“Alexis seorang professional,” kata Solskjaer.

“Dia rajin dan bekerja keras. Dia menjadi sebahagian daripada skuad kami dan pemain sangat bagus.

“Kita tidak mempunyai penyerang terbesar secara keseluruhan dan akhirnya berkemungkinan bermain lebih banyak perlawanan daripada dijangkakan. Kami berharap dia akan menjadi bagus semula.”

Sanchez yang menerima pendapatan asas sebanyak £300,000 (RM1.5j) seminggu termasuk bayaran tambahan £100,000 (RM508,000) seminggu menerusi rundingan hak imej £5j (RM25j) setahun.

United juga perlu membayar yuran ejen £5j (RM25j) kepada wakil pemain itu, Fernando Felicevich.

Ia bersamaan £21,370 (RM109,000) seminggu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Ogos 2019 @ 8:08 PM