SYAZWAN (dua kiri) meledak gol pertama Selangor menentang FELDA United di Stadium Shah Alam. — FOTO Roslin Mat Tahir
SYAZWAN (dua kiri) meledak gol pertama Selangor menentang FELDA United di Stadium Shah Alam. — FOTO Roslin Mat Tahir
Firdaus Hashim


HASRAT Selangor untuk membuka kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan terbantut apabila sekadar seri 2-2 dengan FELDA United pada aksi pertama Kumpulan D di Stadium Shah Alam, malam ini.

Tuan rumah yang turun dengan motivasi tinggi untuk memburu gelaran ke-34 gagal mengekang kebangkitan dramatik skuad The Fighters khususnya pada babak kedua selepas mendahului 2-1 ketika rehat.

Red Giants yang dibimbing B Sathianathan mendahului dua gol menerusi penyudah tonggak kebangsaan Syazwan Zainon pada minit ke-33 dan Ifedayo Omosuyi pada minit ke-40.

OMOSUYI (kanan) meraikan gol kedua Selangor di Shah Alam. — FOTO Roslin Mat Tahir
OMOSUYI (kanan) meraikan gol kedua Selangor di Shah Alam. — FOTO Roslin Mat Tahir

Bagaimanapun jurang itu berjaya dikecilkan sebelum berakhir babak pertama apabila bekas pemain PKNS FC, Christie Jayaseelan merapatkan kedudukan pada minit ke-42.

Bersambung babak kedua, anak buah Nidzam Jamil bangkit memperagakan aksi lebih tersusun dan hasilnya mereka menyamakan kedudukan 2-2 hasil sepakan penalti Khairul Amri Kamal lima minit sebelum tamat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Ogos 2019 @ 11:53 PM