Agensi

BEKAS pemain Manchester United, Patrice Evra, hari ini mengumumkan persaraan untuk menjadi jurulatih.

Pemain berusia 38 tahun itu menamtkan karier selama 20 tahun sebagai pemain dan diingati sebagai pemain bek kiri United yang rajin melakukan gerakan.

Dia menyertai gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu pada Januari 2006 dengan nilai £5.5 juta (RM28j) dari kelab Perancis, Monaco.

Dia kemudian membuat membuat 273 penampilan dan menjaringkan tiga gol.

Ketika itu juga, dia memenangi Liga Juara-Juara (UCL), lima gelaran Liga Perdana dan tiga Piala Liga.

Dia meninggalkan Old Trafford untuk menyertai Juventus pada 2014 dan menang tiga gelaran Serie A dan selepas tiga tahun dia kembali ke Perancis untuk beraksi bersama Marseille.

Evra juga pernah menjadi tajuk utama akhbar Perancis kerana menyepak kepala seorang peminat ketika beraksi dalam Ligue 1.

Dia kemudian dipecat oleh Marseille dan digantung selama tujuh bulan daripada bermain bolasepak.

Dia bermain bersama kelab terakhirnya, West Ham.

Bagaimanapun, dia kemudian dilepaskan dan hanya membuat lima penampilan selepas mengikat kontrak pada awal musim 2018.

Pemain berusia 38 tahun itu beraksi 81 kali untuk Perancis tetapi gagal menjaringkan sebarang gol untuk negaranya.

Evra juga turut diingati kerana sering mengirimkan video bersama keterangan foto yang lain dari lain di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Julai 2019 @ 10:26 PM