Evra memeluk Edwin van der Sar selepas perlawanan. Evra sempat bergurau bersama Quinton Fortune. FOTO REUTERS
Evra memeluk Edwin van der Sar selepas perlawanan. Evra sempat bergurau bersama Quinton Fortune. FOTO REUTERS
Daily Mail

BEKAS pemain pertahanan Manchester United Patrice Evra mendedahkan dia masih beraksi pada usia 36 kerana perlu menyara 24 adik beradik lelaki dan perempuan.

Evra menghabiskan tempoh lapan tahun di United antara 2006 hingga 2014 dan pemain Perancis itu kembali beraksi di Old Trafford, semalam untuk perlawanan testimonial Michael Carrick.

Evra, 36 kini beraksi bersama Marseille dalam Ligue 1 bergandingan semula dengan rakan sepasukan Manchester United 2008 XI berdepan pasukan Michael Carrick All-Stars sempena 11 tahun Carrick beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Carrick, 35 mengikat kontrak baru Old Trafford tetapi Evra berharap pemain tengah itu akan mengikut jejak langkahnya bermain untuk tempoh lebih lama.

“Saya berharap dia (Carrick) akan terus bermain beberapa tahun lagi seperti saya. Saya masih bermain kerana masih ada 24 adik beradik lelaki dan perempuan untuk ditanggung, jadi saya tidak boleh berhenti, saya masih perlu berlari,' katanya kepada ITV.

Turut beraksi bersama Evra adalah Paul Scholes serta Nemanja Vidic dengan Sir Alex Ferguson kembali menguruskan pasukan itu berdasarkan skuad muncul juara Liga Juara Juara 2008.

Bercakap selepas tamat perlawanan, Evra berkata dia berasa terlalu 'beremosi' kembali ke Old Trafford.

Carrick menjaringkan gol pada perlawanan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Jun 2017 @ 1:16 PM