WOODS melakukan pukulan tee pada lubang pertama Muirfield Village, awal pagi tadi. — FOTO AFP
WOODS melakukan pukulan tee pada lubang pertama Muirfield Village, awal pagi tadi. — FOTO AFP
Reuters

CABARAN Tiger Woods pada Kejohanan Memorial di Ohio agak terjejas pada pusingan kedua awal pagi tadi dengan double bogey lewat aksi meninggalkannya tujuh pukulan di belakang pendahulu manakala catatan terbaik Justin Rose 63 membantunya kembali mencabar.

Jordan Spieth kekal satu pukulan di belakang pendahulu dengan 70, ketika Troy Merritt (66), pemain Korea Selatan, Lee Kyoung Hoon (67) dan pemain Jerman, Martin Kaymer (68) terikat di puncak dengan lapan bawah par 135.

Woods mengatasi permulaan hambar untuk melakukan tiga birdie sebelum mencatat tujuh pada lubang ke-15 par-lima dalam laluan merakam par 72.

“Semuanya kurang menjadi hari ini,” kata Woods kepada wartawan. “Saya tidak mampu memberikan persembahan yang memuaskan hati.

ROSE merakam 63 pada pusingan kedua. — FOTO AFP
ROSE merakam 63 pada pusingan kedua. — FOTO AFP

“Kami menyaksikan Rosie (Justin Rose) melakukan tugasnya dengan cemerlang pada sembilan lubang pertama.”

Selepas bermula dengan 75, Rose, yang bermain di samping Woods, mengubah nasibnya dengan 10 bawah par dalam 12 lubang yang termasuk dua eagle dan enam birdie. Dia menamatkan pusingan itu tiga pukulan di belakang dengan enam bawah par 138.

“Saya fikir dua eagle pada sembilan lubang pertama banyak membantu kebangkitan ini,” kata Rose, pemain nombor tiga dunia.

“Saya hanya berusaha untuk terus kekal dengan catatan serendah yang mungkin. Ia hari yang hebat.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Jun 2019 @ 1:34 PM