TIGER WOODS
TIGER WOODS
AFP

TIGER Woods menceriakan penyokong dengan pukulan eagle sensasi, tetapi cuaca buruk membantutkan kemaraannya di Memorial di mana dia kini hanya enam pukulan di belakang pendahulu Joaquin Niemann dan Kyle Stanley.

Woods, juara tiga kali di lapangan Muirfield VIllage, bangkit selepas melakukan tiga putt di lubang pertama. Dia melakukan empat birdie bermula dari lubang ketiga hingga kesembilan untuk berada tiga bawah par di kejohanan itu.

Di lubang ke-11, dari jarak 88.7 meter (97 ela) ke pin Woods menghantar bola kurang dua meter di belakang bendera sebelum bola bergolek masuk ke dalam lubang untuk eagle.

“Saya berada dalam jarak 97 ela dan biasanya wedge pasir 60-darjah untuk saya, tetapi ia cukup sempurna dengan cerun di belakang bendera jadi saya lebihkan 15 ela (13.7 meter) dengan wedge 56-darjah dan ia menjadi,” kata Woods. “Ia cukup sempurna.”

Sorakan peminat begitu riuh sehingga pesaing-pesaing Woods, termasuk pemain nombor satu dunia Justin Thomas, berhenti bermain seketika.

Woods meneruskan rentak cemerlangnya dengan pukulannya terkena tiang pin di lubang 12, tetapi permainan terpaksa ditangguhkan selepas itu akibat ribut petir.

Bekas pemain nombor satu dunia itu meneruskan permainan dengan harapan dapat menyambung pukulan di lubang 12 dengan birdie dari jarak enam kaki tetapi sekadar mendapat par.

Tiga percubaan birdie berikutnya yang berjaya disempurnakan sekali di lubang 14, dan Woods menamatkan pusingan dengan lima bawah par 67 untuk keseluruhan 139 pukulan.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Jun 2018 @ 11:18 AM