KANE dan rakan sepasukan menjalani latihan di Pusat Latihan Tottenham Hotspur, London. - FOTO Reuters
KANE dan rakan sepasukan menjalani latihan di Pusat Latihan Tottenham Hotspur, London. - FOTO Reuters
AFP

PENYERANG Tottenham Hotspur, Harry Kane yakin dapat beraksi pada final Liga Juara-Juara menentang Liverpool di Madrid pada awal pagi Ahad ini selepas kembali menjalani latihan penuh.

Kapten England itu berehat panjang akibat kecederaan buku lali ketika aksi suku akhir menentang Manchester City.

"Saya rasa berambah baik dan saya dapat rasakannya sejak kembali menyertai pasukan minggu lalu,” kata Kane kepada wartawan semalam.

"Tiada masalah setakat ini. Saya akan cuba pulihkan kecergasan secepat mungkin minggu ini. Selepas itu terpulang kepada pengurus. Seperti saya kata, saya rasa bagus.

“Pengurus akan menilai saya sama dapat beraksi atau tidak tetapi setakat ini saya OK dan sedia ke Madrid.”

Perkembangan terkini Kane itu ternyata turut menggembirakan pengurus skuad kebangsaan England, Gareth Southgate apabila menyenaraikannya bagi menghadapi Pusingan Akhir Liga Negara-Negara bulan depan tetapi dua lagi rakan sepasukan Kane di Spurs, Harry Winks dan Kieran Trippier tidak terpilih.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2019 @ 7:10 AM