Guardiola (kiri) bergandingan dengan Kompany ketika di City. FOTO File Agensi
Guardiola (kiri) bergandingan dengan Kompany ketika di City. FOTO File Agensi
AFP

VINCENT Kompany menolak tawaran dari Manchester City untuk menjadi pembantu jurulatih kepada Pep Guardiola menurut beberapa laporan media Belgium.

Bekas kapten City terikat kontrak sebagai pemain merangkap pengurus di Anderlecht sehingga 2022.

Dia meninggalkan Stadium Etihad tahun lalu selepas memacu City memenangi beberapa trofi utama sepanjang 11 tahun beraksi di England.

Kompany yang tidak pernah menyembunyikan minatnya untuk menjadi pengurus City satu hari ini nanti berkata dia mahu kekal di Anderlecht.

Sekalipun, Anderlecht berada di tempat ke lapan saingan Liga Belgium yang tertangguh berikutan penularan pandemik Covid-19.

Bos City, Guardiola mencari pembantu jurulatih baharu sejak Mikel Arteta meninggalkan Manchester untuk bertindak sebagai pengurus Arsenal pada Disember lalu.

Kompany, 34, memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris, dua Piala FA dan empat Piala Liga bersama City dan diiktiraf antara pemain terbaik kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2020 @ 8:45 PM