Niko Kovac melambai tangan meraikan kejayaan Bayern. FOTO Reuters.
Niko Kovac melambai tangan meraikan kejayaan Bayern. FOTO Reuters.
AFP

JURULATIH Bayern Munich, Niko Kovac menegaskan dia pastinya masih bertugas musim depan selepas menamatkan kempen Bundesliga dengan kemenangan 5-1 ke atas bekas kelabnya Eintracht Frankfurt, malam tadi.

Kovac berdepan tekanan memuncak sejak kebelakangan ini dan laporan awal minggu ini mencadangkan kemungkinan dia akan ditunjuk jalan keluar walaupun menang liga dan piala berganda bulan ini.

Bayern lantas menafikan khabar angin itu, dan Kovac menegaskan dia akan kekal dengan tugasnya.

Ketua Jurulatih Bayern Niko Kovac (kiri) dan adiknya Robert Kovac meraikan trofi kejuaraan Bundesliga. FOTO EPA.
Ketua Jurulatih Bayern Niko Kovac (kiri) dan adiknya Robert Kovac meraikan trofi kejuaraan Bundesliga. FOTO EPA.

“Saya akui kerana saya akan meneruskan tugas ini,” katanya kepada Sky, selepas diraikan barisan skuad Bayern berikutan kejayaan merangkul juara liga itu.

Ditanya mengenai laporan itu, dia berkata dia “mempunyai sumber maklumat paling penting dan utama, memaklumkan dia diberi jaminan pekerjaan oleh pengurusan Bayern.

Penyokong Bayern melaungkan nama Kovac selepas skuad itu mengesahkan kejuaraan Bundesliga milik mereka malam tadi.

“Ia menyentuh perasaan saya, kerana saya manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan,” kata Kovac kepada Sky. “Saya mahu berterima kasih kepada semua penonton.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2019 @ 7:42 AM