TOTTENHAM (jersi putih) bertemu Liverpool awal musim ini. Mereka bertemu pada final Liga Juara-Juara di Madrid 1 Jun ini. — FOTO EPA
TOTTENHAM (jersi putih) bertemu Liverpool awal musim ini. Mereka bertemu pada final Liga Juara-Juara di Madrid 1 Jun ini. — FOTO EPA
AFP

LIGA Perdana Inggeris kembali menguasai Eropah dalam tempoh seminggu yang dipenuhi drama dengan Liverpool dan Tottenham Hotspur bertemu bagi final sesama pasukan Inggeris kali kedua dalam Liga Juara-Juara bulan depan.

Chelsea dan Arsenal kemudian memastikan kejayaan kelab Inggeris bukan hanya terhad kepada pertandingan utama benua itu, kedua-duanya layak ke final Liga Europa untuk memberikan Liga Perdana catatan mengagumkan empat finalis Eropah, kali pertama ia disapu bersih.

Hanya dua kali sebelum ini dalam bola sepak Eropah – Piala UEFA 1972 dan Liga Juara-Juara 2008 – mempertemukan dua pasukan Inggeris di final, namun dua kebangkitan hampir tidak masuk akal memastikan pertembungan sedemikian di Madrid pada 1 Jun ini.

Liverpool, naib juara tahun lalu di tangan Real Madrid, menamatkan cengkaman lima tahun Sepanyol bagi hadiah utama benua itu apabila mereka mengejutkan Lionel Messi dan Barcelona – kemenangan mengagumkan 4-0 di Anfield menjadi pencetus kebangkitan Tottenham berjuang hebat 24 jam kemudian.

STADIUM Wanda Metropolitano menjadi gelanggang final Liga Juara-Juara antara Liverpool dan Tottenham pada 1 Jun ini. — FOTO EPA
STADIUM Wanda Metropolitano menjadi gelanggang final Liga Juara-Juara antara Liverpool dan Tottenham pada 1 Jun ini. — FOTO EPA

“Kami menyaksikan Liverpool malam tadi. Ia membuktikan persembahan belum berakhir selagi ia belum berakhir,” kata pertahanan Spurs, Danny Rose selepas pasukannya bangkit daripada defisit 0-3 secara agregat ketika rehat untuk membenam Ajax terima kasih kepada hatrik babak kedua Lucas Moura.

“Kami seronok menonton perlawanan menentang Barcelona. Mereka juga wira, sudah tentu, ia pasti satu final mengagumkan antara dua kelab Inggeris dan pasti kami akan berseronok,” ujar bos Spurs, Mauricio Pochettino.

Di sebalik rekod perjanjian siaran langsung menjana berbilion dari seluruh dunia, kelab Inggeris gagal menyinar malah sering ditewaskan dalam Liga Juara-Juara dalam tempoh sedekad lalu.

Namun ketika Barcelona, Juventus dan Bayern Munich mendominasi liga domestik dalam beberapa tahun kebelakangan, tiada kelab mampu mempertahankan kejuaraan Liga Perdana sejak Manchester United pada 2009, pada musim terakhir Cristiano Ronaldo beraksi di Old Trafford.

Persaingan konsisten dalam kalangan enam pasukan teratas England setiap musim bagi merebut empat tiket ke Liga Juara-Juara menyebabkan tiada pasukan boleh bersenang-lenang, dalam dan luar padang serta proses merekrut pemain.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2019 @ 8:58 AM