REAKSI Johnson selepas gagal membenam birdie pada green pertama pusingan akhir di Hilton Head, awal pagi tadi. — FOTO AFP
REAKSI Johnson selepas gagal membenam birdie pada green pertama pusingan akhir di Hilton Head, awal pagi tadi. — FOTO AFP
AFP

DUSTIN Johnson mengekalkan kedudukannya sebagai pemain golf nombor satu dunia hari ini sekalipun merudum teruk pada hari terakhir kejohanan Heritage RBC di Hilton Head.

Bekas juara Terbuka AS itu kekal di puncak carta ranking terbaharu, mengekalkan kelebihan tipis di depan Justin Rose dan rakan senegaranya dari Amerika Syarikat, Brooks Koepka.

Johnson mendahului satu pukulan menjelang pusingan akhir awal pagi tadi, sebelum melakukan empat bogey dan dua double-bogey untuk berkongsi tangga ke-28.

Pemain golf Taiwan, Pan Cheng Tsung melonjak 58 anak tangga ke kedudukan ke-55 selepas menggunakan kesempatan susulan kemerosotan Johnson untuk merangkul kejuaraan sulung dalam Jelajah PGA AS.

Tiger Woods kekal di tangga keenam ranking selepas tidak bermain hujung minggu lalu susulan kemenangan mengagumkan kali kelima pada Masters AS di Augusta National.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2019 @ 12:25 AM