Khidmat Pogba diperlukan di Old Trafford. FOTO AFP
Khidmat Pogba diperlukan di Old Trafford. FOTO AFP
Agensi

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dijangka berdepan jendela perpindahan musim panas yang sibuk tetapi keutamaannya ialah memastikan dua pemain tonggak kekal di Old Trafford.

United dijangka menguatkan bahagian pertahanan dengan membawa masuk dua pemain baharu tetapi menurut laporan akhbar, tugas utama Solskjaer ialah memastikan Paul Pogba dan David de Gea tidak meninggalkan Old Trafford.

Akhbar di Sepanyol mendakwa Real Madrid kini berusaha mendapatkan Pogba, 26, dengan jurulatih Zinedine Zidane dikatakan sudah mula merisik rakan senegaranya itu.

Tetapi Solskjaer tak rela kehilangan Pogba yang mempunyai kontrak sehingga 2021 dan menegaskan pemain itu akan terus kekal bersama mereka.

Mesej sama juga disampaikan kepada penjaga gol De Gea. Kontrak pemain berusia 28 tahun itu dilanjutkan 15 bulan lagi tetapi United berharap perjanjian baru dapat ditandatangani bagi mengelakkan dia disambar kelab lain pada 2020.

Pogba dan De Gea menjadi tonggak utama United musim ini. Pogba menjaringkan 11 gol dan sembilan bantuan jaringan manakala hanya Neil Etheridge dan Lukasz Fabianski menjadi penjaga gol paling banyak menyelamatkan bola dalam liga berbanding De Gea musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 April 2019 @ 1:09 PM