KIM Swee (baju hitam) ketika mengendalikan latihan skuad B-23 tahun lalu. - FOTO Saddam Yusoff
KIM Swee (baju hitam) ketika mengendalikan latihan skuad B-23 tahun lalu. - FOTO Saddam Yusoff
Syazwan Msar


PENGENDALI skuad bawah 22 (B-22) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan 11 muka baru sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan AFF 2019 di Phnom Penh, Kemboja, hujung bulan ini.

Beliau juga mengekalkan 15 pemain yang diharap mampu menggalas cabaran bermula dengan latihan pusat di Majlis Sukan Negara (MSN), Ahad ini.

Antara pemain baru yang disenaraikan dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu penjaga gol Haziq Nadzli dan Dominic Tan, R Dinesh dan Faisal Halim (Pahang), Ariff Ar-Rasyid Ariffin (PKNS FC), Tasnim Fitri Nasir (FELDA United), Syahmi Safari (Selangor), Nabil Hakim Bokhari (Kuala Lumpur), Ariusdius Jais (Sabah), Hadi Fayyadh Razak (Fagiano Okayama) dan Izzan Syahmi Mustapa (Terengganu FC).

Skuad B-22 kemudiannya akan berlatih lima hari di Wisma FAM sebelum 23 pemain terakhir dipilih Kim Swee untuk dibawa ke Phnom Penh pada 15 Februari.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B akan memulakan kempen berdepan tuan rumah, Kemboja pada 18 Februari diikuti Indonesia dua hari kemudian sebelum menutup kempen peringkat kumpulan bertemu Myanmar pada 22 Februari.

Senarai pemain skuad B-22:

Penjaga gol: Azri Ghani, Damien Lim, Haziq Nadzli

Pertahanan: Tasnim Fitri Mohd Nasir, Shahrul Nizam Ros Hasni, Ariff Ar-Rasyid Ariffin, R Dinesh, Evan Wensley Wenceslaus, Dominic Tan, Hariz Kamarudin, Syahmi Safari, Amirul Ashraf Ariffin, Nazirul Afif Ibrahim, Nabil Hakim Bokhari

Tengah: Danial Amier Norhisham, Zahril Azri Zabri, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Danial Haqim Draman, Nik Azli Nik Alias, R Kogileswaran, Faisal Halim, Ariusdius Jais, Fadzrul Danel Nizam

Penyerang: Jafri Firdaus Chew, Izzan Syahmi Mustapa, Hadi Fayyadh Razak

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Februari 2019 @ 7:20 PM