PENJAGA gol Nice Walter Benitez  gagal menghalang jaringan dilakukan penyerang Lille, Bamba. - FOTO AFP
PENJAGA gol Nice Walter Benitez gagal menghalang jaringan dilakukan penyerang Lille, Bamba. - FOTO AFP
AFP

VILLENEUVE-D’ASCQ, Perancis: Lille meneruskan permulaan sempurna dengan membelasah Nice, 4-0 dalam Ligue 1 awal pagi tadi untuk kemenangan keenam berturut-turut pada 2019 seterusnya memperkukuhkan cengkaman di kedudukan kedua.

Lille mendahului menerusi gol Rafael Leao pada minit ketujuh. 

Nicolas Pepe meledak ke penjuru gawang pada minit ke-37 untuk jaringan ke-16 miliknya dalam liga musim ini, kedua di belakang Kylian Mbappe dari Paris Saint-Germain.

Jonathan Bamba dan Loic Remy menggandakan kedudukan pada masa tambahan babak kedua.

“Jelas kami berada pada rentak terbaik,” kata pengurus Lille, Christophe Galtier.

Lille kini 10 mata di belakang PSG yang memiliki tiga perlawanan dalam tangan, tetapi enam mata di depan Lyon.

“Mencipta sedikit jurang mata pada malam Jumaat boleh meletakkan tekanan pada pasukan lain,” kata Galtier.

Lyon akan berdepan PSG selepas ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Februari 2019 @ 8:03 AM