PENYERANG Saint Etienne, Arnaud Nordin (kiri)  mengasak pemain Lille,  Jonathan Bamba di Stadium Pierre-Mauroy. FOTO AFP
PENYERANG Saint Etienne, Arnaud Nordin (kiri) mengasak pemain Lille, Jonathan Bamba di Stadium Pierre-Mauroy. FOTO AFP
AFP

Paris: Lille terpaksa menunggu sehingga Ahad ini untuk menjuarai Ligue 1 selepas hanya seri tanpa jaringan menentang Saint-Etienne yang membolehkan Paris Saint-Germain hanya satu mata di belakang pendahulu itu.

Juara bertahan PSG menang mudah 4-0 ke atas Reims awal pagi tadi untuk terus menekan Lille yang bakal meraih gelaran Perancis itu jika menewaskan kelab di kelompok pertengahan, Angers pada Isnin ini.

Percubaan Christophe Galtier terkena tiang pada babak kedua dalam aksi hambar daripada kedua-dua pasukan.

"Permulaan kami sangat perlahan tetapi mula bertambah baik selepas itu. Sukar mendapatkan keputusan lebih baik berdasarkan persembahan kami,'' kata Galtier.

"Kami masih lagi di hadapan. Aksi terakhir di Angers yang perlu dimenangi jika mahu juara."

PSG pula tiada masalah di Parc des Princes. Neymar membuka tirai jaringan menerusi penalti selepas rembatan Kylian Mbappe terkena tangan Yunis Abdelhamid di hadapan gawang yang kosong pada minit ke-13.

11 minit kemudian Mbappe menolak bola masuk gol kedua disusuli jaringan ketiga hasil tandukan Marquinhos pada minit ke-68. Moise Kean melengkapkan kemenangan PSG pada lewat permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Mei 2021 @ 8:38 AM