PEMAIN Jordan meraikan kejayaan mara ke pusingan kalah mati Piala Asia selepas tewaskan Syria 2-0. FOTO EPA
PEMAIN Jordan meraikan kejayaan mara ke pusingan kalah mati Piala Asia selepas tewaskan Syria 2-0. FOTO EPA
AFP

AL-AIN, Emiriah Arab Bersatu: Jordan menang 2-0 mengatasi Syria untuk menjadi pasukan pertama mara ke pusingan kalah mati Piala Asia malam tadi.

Dalam saingan di Stadium Khalifa Bin Zayed, jaringan babak pertama Mousa Mohammad Suleiman dan Tareq Khattab memberikan Jordan enam mata maksimum dalam Kumpulan B berbaki satu perlawanan menentang Palestin.

Skuad kendalian Vital Borkelmans yang mengejutkan juara bertahan Australia dalam perlawanan pertama, akan ke kelompok 16 pasukan terakhir bersama pasukan dengan pakej kejutan, India yang akan berdepan UAE dalam perlawanan lewat.

Dalam saingan di Al Ain, Jordan perlahan-lahan mendominasi dan boleh menjaringkan gol apabila larian Suleiman membuka pertahanan Syria namun cubaan Yousef Rawshdeh tersasar.

Namun 26 minit kemudian selepas serangan sebelah kiri, kedua-dua pemain bergandingan sekali lagi apabila Suleiman menyambar cubaan Rawshdeh dari jarak dekat untuk gol pertama.

Tareq Khattab menggandakan kelebihan Jordan dua minit sebelum tamat babak pertama apabila dia mengatasi kapten Syria, Omar Al-Soma dan meledak ke penjuru gawang. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 January 2019 @ 1:39 AM