RUI VITORIA
RUI VITORIA
AFP

LISBON: Benfica memecat pengendali, Rui Vitoria selepas kelab itu berdepan beberapa siri kekalahan yang menyaksikan mereka semakin sukar untuk meraih gelaran di Liga Portugal berturut-turut, selepas melakukannya pada musim 2016 dan 2017.

Tahun lalu, Benfica berada di tangga kedua, namun mereka gagal layak ke saingan kalah mati Liga Juara-Juara pada Disember dan selepas kekalahan itu, mereka kini terjerumus ke tangga keempat saingan domestik.

Semalam, mereka tumbang 0-2 kepada Portimonense, hasil jaringan sendiri pemain Benfica.

“Benfica mencapai persetujuan dengan Rui Vitoria untuk menamatkan kontraknya serta merta,” umum kelab itu melalui satu kenyataan, hari ini.

Jurulatih Benfica B, Bruno Lage, ditugaskan sebagai pengendali sementara kelab berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 January 2019 @ 7:48 AM