TIGER Woods kecewa dengan aksinya pada pusingan ketiga golf Quicken Loans National. Foto REUTERS
TIGER Woods kecewa dengan aksinya pada pusingan ketiga golf Quicken Loans National. Foto REUTERS
Reuters

TIGER Woods “kecewa” selepas gagal melakukan empat birdie awal berturut-turut pada pusingan ketiga golf Quicken Loans National, hari ini.

Bekas pemain nombor satu dunia itu hanya menambah satu birdie dan satu bogey pada penghujungnya bagi meraih dua bawah par 68.

Catatan itu menyebabkannya ketinggalan enam pukulan di belakang pendahulu, Francesco Molinari dan Abraham Ancer di TPC Potomac yang terletak di Maryland.

Biarpun masih belum terkeluar daripada saingan dengan menduduki tempat ke-10 dengan tujuh bawah par 203, ia adalah kedudukan yang dijangkakan bagi Woods apabila dia melonjakkan kembali prestasinya selepas ketinggalan dengan 25 kaki birdie pada lubang kesembilan.

Woods meminta penganjur supaya tidak membasahkan lapangan golf pada sebelah malam sebelumnya, kerana dia percaya dia mempunyai peluang yang lebih jika permukaan padang kering, tegang dan sukar.

“Saya perlu buktikan saya mampu melakukan pusingan yang baik dan berharap ia mencukupi,” katanya.

“Saya rasa satu perkataan untuk (hari ini) adalah mengecewakan, apabila melakukan empat bogey, saya tidak boleh melakukan itu.

“Saya perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 10 (bawah par) pada penghujung hari.”

Woods, yang juga pemenang major 14 kali, terkandas pada 79 kejayaan Jelajah PGA sejak tahun 2013.

Pemain itu kemudiannya dibelenggu masalah kecederaan belakang yang kronik sejak 2014 sehinggalah dia kembali bersaing dalam kalendar penuh tahun ini.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Julai 2018 @ 2:01 PM