PEMAIN tenis Austria, Dominic Thiem tewaskan Kevin Anderson dari Afrika Selatan  6-4, 6-2. FOTO AFP
PEMAIN tenis Austria, Dominic Thiem tewaskan Kevin Anderson dari Afrika Selatan 6-4, 6-2. FOTO AFP
AFP

DOMINIC Thiem dari Austria menewaskan Kevin Anderson buat kali pertama dalam tujuh percubaan untuk mara ke final Terbuka Madrid bagi tahun kedua berturut-turut, hari ini.

Pilihan kelima itu mencatat kemenangan 6-4, 6-2 ketika dia meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan pemain utama, Rafa Nadal - di gelanggang tanah liat sebelum ini.

Pemain Afrika Selatan, Anderson yang diletakkan selaku pilihan keenam bermain buat pertama kali dalam pusingan separuh akhir Masters 1000 tetapi tenggelam selepas mencipta permulaan yang mantap.

Walaupun Thiem mempunyai rekod 0-6 berdepan Anderson, namun mereka tidak pernah bertemu di gelanggang tanah liat yang disukai pemain Austria itu, sekali gus menyaksikan permainan agak lama di garisan belakang.

Thiem akan bertemu sama ada Alexander Zverev atau Denis Shapovalov di final.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mei 2018 @ 1:34 AM