BAILEY membantu Bayer melakar kemenangan 4-1 mengatasi  Hoffenheim. Foto AFP
BAILEY membantu Bayer melakar kemenangan 4-1 mengatasi Hoffenheim. Foto AFP
AFP

BERLIN: Pemain sayap, Leon Bailey tampil cemerlang ketika membantu Bayer Leverkusen meraih kemenangan 4-1 ke atas Hoffenheim, malam tadi.

Pemain Jamaica berusia 20 tahun itu membuktikan sebab sebenar kenapa Manchester United, Chelsea dan Arsenal berebut mahu mendapatkan khidmatnya.

Pemain itu membuka jaringan pertama perlawanan sebelum Julian Baumgartlinger turut merekod nama sebagai penjaring gol kedua Leverkusen.

Bailey sekali lagi terus menyukarkan Hoffenheim ketika menghasilkan hantaran kepada penyerang Argentina, Lucas Alario menyumbang dua gol buat Leverkusen.

Kemenangan itu membolehkan Leverkusen naik ke tangga kedua Bundesliga.

“Kami gembira untuk mendapat tiga mata yang langsung tidak dijangka,” kata jurlatih Leverkusen, Heiko Herrlich.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 January 2018 @ 12:16 PM