WEE Seong (empat dari kiri) bersama Gillette (dua dari kanan) dan Nasir (dua dari kiri) serta barisan jawatankuasa Kejohanan Ragbi Pesta Pulau Pinang 10 Sebelah 2017 ketika sidang media di Kolej Perubatan Pulau Pinang (PMC), Georgetown, semalam. -Foto Rudy Syareme Sheriffudin
WEE Seong (empat dari kiri) bersama Gillette (dua dari kanan) dan Nasir (dua dari kiri) serta barisan jawatankuasa Kejohanan Ragbi Pesta Pulau Pinang 10 Sebelah 2017 ketika sidang media di Kolej Perubatan Pulau Pinang (PMC), Georgetown, semalam. -Foto Rudy Syareme Sheriffudin
Rudy Syareme Sheriffudin


BUAT pertama kalinya, Kelab Ragbi Penang Blues (PBRC) menganjurkan Kejohanan Ragbi Pesta Pulau Pinang 10 Sebelah 2017 yang bakal berlangsung di Padang Polo, Sabtu dan Ahad ini.

Lebih 100 pasukan dari seluruh negara termasuk wanita mengesahkan penyertaan membabitkan 10 kategori yang akn dipertandingkan.

Pengerusi Penganjur, Lim Wee Seong berkata, antara kategori yang dipertandingkan ialah kelab terbuka, veteran, wanita, bawah 20 tahun, bawah 16 tahun, bawah 12 tahun, bawah umur 10 tahun, bawah lapan tahun dan bawah tujuh tahun.

Beliau berkata, pada tahun ini juga terdapat sedikit kelainan apabila bagi kategori kelab terbuka, hadiah yang ditawarkan bernilai lebih RM3,750 termasuk piala pusingan Tuan Hassan Farouk yang menjadi rebutan.

Katanya, objektif utama kejohanan adalah untuk memperkenalkan ragbi buat generasi muda agar dapat menjadikan sukan itu sebagai produk sukan pelancongan.

“Pelbagai usaha sedang dilaksanakan PBRC termasuk berkerjasama dengan Cobrats Pulau Pinang untuk mencari bakat-bakat muda yang boleh diketengahkan.

“Selain mengadakan klinik sukan di Penang Free School setiap Ahad, sambutan yang diterima amat memberangsangkan apabila lebih 100 kanak-kanak berusia antara lima hingga 16 tahun mengambil bahagian.

“Kita ingin menggalakkan penyertaan kanak-kanak yang mempunyai potensi cemerlang dalam sukan ragbi selain mampu mewakili sekolah, daerah, negeri mahupun peringkat kebangsaan,” katanya ketika ditemui semasa sidang media di Kolej Perubatan Pulau Pinang (PMC) semalam.

Hadir sama, Pengarah Kejohanan Cobrats Pulau Pinang, Beau Gillitte dan Pengarah Kejohanan PBRC, Nasir Karim.

Nasir menambah, kejohanan tahun ini turut mendapat tajaan Tune Project, Rugby Zone, Prince of Wales Islang International School, The Shed dan Malcoom Foo Photography.

Menurutnya, pihaknya turut berbangga apabila 34 pasukan remaja dan 12 pasukan bawah 16 tahun serta 24 kelab mengesahkan penyertaan pada tahun ini.

Katanya, PBRC juga mengharapkan kejohanan itu akan berjaya menarik lebih banyak penyertaan pada masa akan datang.

“PBRC juga turut berhasrat menjadikan pertandingan ini sebagai acara tahunan selain mampu menaikkan taraf pembangunan sukan ragbi di Malaysia,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2017 @ 9:36 PM