AFP

Jersey City, Amerika Syarikat: Rickie Fowler (gambar) dan Justin Thomas, yang beraksi cemerlang dalam gandingan Piala Presiden-Presiden buat pertama kali semalam akan berdepan cabaran hebat hari ini berdepan gandingan Antarabangsa Louis Oosthuizen dan Branden Grace.

Thomas, pemain nombor empat dunia yang menjulang kejohanan utama buat pertama kali dan empat lagi gelaran musim ini serta gelaran playoff Jelajah AS Piala FedEx, beraksi buat kali dalam Piala Presiden-Presiden.

Gandingannya bersama Fowler menjadi untuk menang 6 & 4 ke atas pemain Jepun Hideki Matsuyama dan Charl Schwartzel dari Afrika Selatan semalam.

“Adrenalin dipam laju, tetapi seperti mana pusingan lain, sebaik anda membuat pukulan sempurna pada beberapa lubang, itulah yang kami lakukan,” kata Thomas, 27, yang mengakui gemuruh apabila mewakili AS buat pertama kali.

Biarpun dalam keadaan sukar dan berangin, Thomas berkata, aksi pada pusingan itu bersama Fowler memang menyeronokkan.

“Kami kerap bermain golf bersama dan sering menghabiskan masa bersama-sama dan ini membuatkan kami selesa antara satu sama lain,” kata Thomas.

“Saya fikir ia satu gandingan yang mantap buat saya kerana dia sudah melakukannya banyak kali dan sudah tentu tahu bagaimana rasanya dan dia mungkin tahu apa yang perlu diperkatakan kepada saya.”

Gandingan Oosthuizen dan Grace menjanjikan cabaran lebih sengit dalam aksi fourball hari ini.

Berjaya memenangi empat perlawanan bersama pada Piala Presiden-Presiden 2015, mereka meraih kemenangan pertama untuk gandingan Antarabangsa semalam – 3 & 1 ke atas Brooks Koepka dan Daniel Berger.

Jordan Spieth dan Patrick Reed, yang muncul sebagai pemenang semalam, digandingkan kembali untuk skuad AS hari ini, kali ini berdepan gandingan Matsuyama dan pemain Kanada Adam Hadwin – yang tidak beraksi semalam.

Phil Mickelson dan Kevin Kisner akan berdepan pasangan Australia Marc Leishman dan Jason Day hari ini dalam pertembungan aksi foursome hebat yang berakhir seri.

Perlawanan lain hari ini menyaksikan gandingan AS Kevin Chappell dan Charley Hoffman berdepan pemain Afrika Selatan Charl Schwartzel dan Anirban Lahiri dari India manakala satu lagi gandingan AS Dustin Johnson dan Brooks Koepka menentang pemain Australia Adam Scott dan Jhonattan Vegas dari Venezuela – yang akan cuba bangkit daripada kekalahan tipis semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 September 2017 @ 4:19 AM