WELSON sekadar menamatkan di tangga ke-4 dalam acara renang 1500m gaya bebas.
WELSON sekadar menamatkan di tangga ke-4 dalam acara renang 1500m gaya bebas.
Saiful Affendy Sapran


MALAYSIA menamatkan hari terakhir acara renang dengan hambar apabila tiada langsung pungutan pingat diraih di Pusat Akuatik Nasional, hari ini.

Harapan yang diletakkan kepada perenang terbaik negara, Welson Sim juga tidak menjadi apabila dia sekadar menamatkan saingan 1,500 meter gaya bebas di tempat keempat dengan masa 15 minit 45.31 saat.

Welson menamatkan kempen di KL2017 dengan meraih dua emas, satu perak dan satu gangsa.

Welson berkata, dia sudah mencuba sedaya upaya untuk meraih pingat menerusi acara 1,500 meter gaya bebas, namun akur dengan kehebatan dua perenang Vietnam.

Nguyen Huy Hoang dan rakan senegaranya Lam Quang Nhat masing-masing meraih emas dan perak dengan catatan 15:20.10s dan 15:23.94s. Gangsa milik perenang Indonesia, Aflah Fadlan Prawira (15:28.69s).

“Agak kecewa juga kerana tidak dapat meraih pingat dalam acara ini.

“Saya sudah mencuba yang sebaik mungkin untuk acara ini tetapi dua perenang Vietnam ternyata lebih baik,” katanya.

Malaysia menamatkan saingan acara renang dengan tiga emas, tiga perak dan tiga gangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Ogos 2017 @ 10:06 PM