Welson menang pingat emas sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan acara 400 meter gaya bebas pada Jelajah Mare Nostrum di Monte Carlo, Monaco hari ini.
Welson menang pingat emas sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan acara 400 meter gaya bebas pada Jelajah Mare Nostrum di Monte Carlo, Monaco hari ini.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Perenang negara Welson Sim berjaya memenangi pingat emas sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan acara 400 meter gaya bebas pada Jelajah Mare Nostrum di Monte Carlo, Monaco hari ini.

Perenang berusia 20 tahun itu mencatat masa 3 minit 49.48 saat (s), memperbaharui rekod kebangsaan 3:50.33s yang juga miliknya di Kejohanan Peringkat Umur Kebangsaan di Singapura, Mac tahun lalu.

Welson turut menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik dari Australia, Mack Horton yang sekadar meraih perak.

"Menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik adalah impian yang saya selama ini," katanya.

Welson sedang melakukan persiapan rapi untuk menghadapi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), Ogos depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Jun 2017 @ 8:28 PM