Agensi

London: Legenda Manchester United Rio Ferdinand (gambar) pantas menjemput Cristiano Ronaldo kembali ke kelabnya, tidak lama selepas bintang Real Madrid itu mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan Sepanyol.

Khabar angin menyebut Ronaldo sudah memberitahu Real bahawa dia sudah membuat keputusan muktamad untuk meninggalkan kelab apabila dikaitkan dengan isu cuba mengelak daripada membayar cukai.

Pemain berusia 32 tahun itu meninggalkan Old Trafford untuk ke Bernabeu pada 2009 dan sebahagian besar penyokong United pasti mahu kembali melihat kepulangan Ronaldo.

Bagaimanapun, klausa pelepasan Ronaldo yang mencecah £1 bilion (RM5.46 bilion) mungkin menjadi penghalang tetapi Ferdinand sedang melakukan apa yang terdaya bagi memujuk pemain antarabangsa Portugal itu kembali ke Old Trafford.

Di laman web sosial Twitter, Ferdinand menulis ‘Viva Ronaldo’ sambil disusuli lagu rasmi United.

Kedua-dua pemain itu pernah bersama di Old Trafford semalam enam tahun dan mereka memenangi tiga gelaran liga dan Liga Juara-Juara di bawah kendalian Alex Ferguson.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Jun 2017 @ 4:16 AM