BERSAMA rakan-rakan positif.
BERSAMA rakan-rakan positif.
Lizam Ridzuan


KEBIASAAN setiap kali tahun baharu tiba ada banyak sekali azam ataupun misi ingin dilakukan kita.

Sama ada ia akan hanya bersemangat tiga bulan pertama ataupun berkubur lebih awal adalah cabaran yang perlu ditangani terutama golongan wanita untuk kekalkan momentum sepanjang tahun.

Selain perlu disulam dengan kerjaya, pasangan dan keluarga, ia juga sebagai meningkatkan keazaman mencapai kehidupan lebih baik.

Pada masa sama, ada cara boleh dilakukan dalam memastikan azam dan misi berada dalam landasan yang betul.

Berikut dikongsikan 10 langkah-langkah boleh dilakukan bagi menjadikan ia tercapai atau setidak-tidaknya kekal relevan sehingga hujung tahun nanti:

1. Tetapkan matlamat dan azam yang realistik kerana ia akan membantu anda mempunyai fokus yang jelas mengenai cara dan kaedah digunakan. Ia dapat memberi inspirasi untuk mencapai sesuatu yang bermakna serta lebih dekat dengan keadaan dan suasana persekitaran bagi menyokong usaha itu.

2. Senaraikan kejayaan pernah dicapai tahun sebelumnya kerana ia akan memberi semangat untuk terus memacu diri dalam mencapai misi dan azam baharu serta kekal berusaha ke arah itu.

3. Lakukan penilaian diri dengan mengambil kira bidang atau ruang mana boleh ditingkatkan. Ia bukan sahaja membantu dalam pencapaian peribadi, malah antara cara memperbaiki prestasi diri.

4. Fokus kepada kekuatan dan pencapaian positif serta usah terlalu terikat dengan kelemahan atau kegagalan sebelum ini dan sebaiknya jadikan ia sebagai pengalaman.

TAHUN baharu semangat baharu.
TAHUN baharu semangat baharu.

5. Pastikan waktu rehat mencukupi untuk menyegarkan minda dan fizikal yang membantu meningkatkan semangat dan daya tahan mental anda dalam urusan seharian, sekali gus menjadikan lebih aktif untuk mengharungi kehidupan seharian serta mencapai misi.

6. Kerapkan interaksi dengan orang yang positif kerana ia akan memacu kekuatan dalaman anda untuk lebih baik dari sebelumnya. Jadikan aktiviti sosial anda lebih bermakna dengan pergaulan bersama mereka yang dapat menyuntik idea dan pendekatan baharu.

7. Kongsi matlamat dengan orang lain terutama sahabat rapat atau keluarga boleh membantu memberikan semangat serta moral dalam setiap usaha dalam mencapai misi 2024. Ada idea dan pandangan boleh diambil kira daripada insan tersayang yang sudah pasti mahukan anda lebih berjaya.

8. Lakukan aktiviti yang boleh membuatkan anda rasa lebih senang dan gembira terutama jika ia dapat memberikan semangat berbeza. Ini juga dapat menjadikan kehidupan anda tidak terlalu bosan dengan rutin seharian yang mencorakkan minda dan berfikiran di luar kotak.

LAWATI tempat-tempat baharu.
LAWATI tempat-tempat baharu.

9. Pelbagaikan aktiviti dan cabaran dengan mencuba perkara baru pasti merangsang minda. Jika berkesempatan cuba lawati tempat baharu untuk suasana dan fikiran serta pemandangan lebih segar.

10. Sentiasa bersyukur dan hargai setiap pencapaian dalam hidup sebagai cara memacu diri bagi mengatasi cabaran dalam kehidupan lebih baik dan fokus dalam hala tuju.

Semoga panduan ini membantu golongan wanita kekal positif dalam kehidupan serta kekal semangat sepanjang tahun ini dan juga menjadi inspirasi kepada golongan wanita yang lain dan mengejar cita-cita serta impian masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 January 2024 @ 6:30 AM