SELAIN diskaun dan ganjaran menarik, jualan ini juga menawarkan tawaran kilat eksklusif.
SELAIN diskaun dan ganjaran menarik, jualan ini juga menawarkan tawaran kilat eksklusif.

Buat 'kaki' membeli belah yang ternanti-nanti promosi jualan murah atau mereka yang sedang membuat persiapan perayaan, Jualan Ahli SOGO menanti anda dengan pelbagai tawaran menarik!

Bermula dari 25 Oktober hingga 5 November ini, Jualan Ahli SOGO yang diadakan di ketiga-tiga stor iaitu di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Johor Bahru menawarkan potongan sehingga 80 peratus.

Selain diskaun dan ganjaran menarik, jualan ini juga menawarkan tawaran kilat eksklusif, mata ganjaran tambahan, "happy hour", kupon percuma dan tawaran panggilan terakhir yang tidak harus dilepaskan.

Pelbagai barangan berjenama dengan potongan harga menarik daripada pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak, aksesori, kecantikan, barang kelengkapan rumah dan produk gaya hidup dapat dinikmati pelanggan.

Menariknya, 1,000 pembeli terawal berpeluang membawa pulang baucar SOGO sehingga RM500 dan hadiah menarik lain dengan pembelian minimum RM600 dalam satu resit.

Bagi pelanggan terawal yang membuat pembelian RM150 dalam satu resit, mereka berpeluang mendapatkan barangan yang diingini menerusi tawaran kilat eksklusif dengan harga yang lebih rendah.

MENAMBAHKAN kemeriahan dan keterujaan berbelanja di SOGO, pelanggan juga berpeluang memenangi kad hadiah SOGO bernilai RM888.
MENAMBAHKAN kemeriahan dan keterujaan berbelanja di SOGO, pelanggan juga berpeluang memenangi kad hadiah SOGO bernilai RM888.

Sepanjang jualan ini juga, SOGO tidak hanya memberikan sehingga 10 kali mata ganjaran kepada ahli tetapi turut menggandakannya dengan pembelian minimum RM1,500.

Ahli juga boleh mendapatkan kupon RM50 dengan pembelian minimum RM400 dalam satu resit di bahagian barangan bilik tidur dan kupon RM30 untuk setiap pembelian RM300 di bahagian kosmetik dan wangian.

Menambahkan kemeriahan dan keterujaan berbelanja di SOGO, pelanggan juga berpeluang memenangi kad hadiah SOGO bernilai RM888 dan hadiah menarik yang lain dengan menyertai "Peraduan Diwali" yang akan berlangsung di ketiga-tiga stor sehingga 13 November.

Hadiah misteri dan rebat RM5 juga akan diberikan kepada ahli baru yang mendaftar secara percuma melalui aplikasi MYSOGO di "Play Store" atau "App Store" sepanjang tempoh jualan.

Pelanggan juga boleh mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut melalui sesawang www.sogo.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2023 @ 6:20 AM