SHAMSOL Hasni (lima dari kiri), Noriana (tiga dari kiri) dan Mariani (lima dari kanan) bersama replika hadiah yang dimenangi.
SHAMSOL Hasni (lima dari kiri), Noriana (tiga dari kiri) dan Mariani (lima dari kanan) bersama replika hadiah yang dimenangi.
HM Digital


PERADUAN tahunan anjuran Sogo Malaysia yang memasuki tahun keenam, Jom Balik Kampung, menobatkan Shamsol Hasni Hashim sebagai pemenang utama yang membawa pulang hadiah kereta Mazda2 Hatchback Skyactiv baharu.

Dianjurkan bersama United Overseas Bank Malaysia, peraduan itu berlangsung dari 9 Mei hingga 31 Julai lalu, sempena sambutan hari raya di Sogo dan turut menawarkan hadiah hebat lain bernilai lebih RM128,000.

Dengan setiap pembelian RM250, ahli kad Sogo dan UOB akan menerima dua borang penyertaan manakala yang bukan ahli menerima satu borang.

Sebanyak 35,000 penyertaan diterima sepanjang peraduan berlangsung dan hanya 28 penyertaan disenarai pendek melalui pilihan rawak bagi menyertai Grand Final pada 20 September lalu.

Finalis akan bertarung untuk mencapai satu matlamat yang sama iaitu memenangi hadiah utama kereta ‘Mazda2 Hatchback Skyactiv’. Hadiah lain ialah Kad Hadiah Sogo bernilai RM12,000 untuk tempat pertama, Kad Hadiah Sogo bernilai RM8,000 (kedua) dan hadiah sagu hati untuk 25 pemenang berupa Kad Hadiah Sogo bernilai RM400.

Sama seperti peringkat akhir sebelum ini, tidak ada tugas mudah untuk membawa pulang tiga hadiah teratas yang ditawarkan kerana finalis perlu menjalani dua cabaran.

Cabaran pertama adalah ‘Scoop-2-Win’ yang memerlukan finalis mencedok seberapa banyak bola dari kolam yang berisi bola pelbagai warna dan mata akan diberikan atau ditolak mengikut ‘jadual mata’.

Tiga peserta dengan markah tertinggi di cabaran pertama akan mara ke cabaran terakhir.

Cabaran kedua ‘Pick-N-Win’ pula memberi peluang kepada finalis untuk memilih dan melekatkan pelekat dari papan permainan apabila tiga kad hadiah di tempatkan secara strategik.

Bagi cabutan kali ini, hadiah utama dimenangi Shamsol Hasni Hashim, diikuti Norian Ismail untuk hadiah pertama dan Mariani Ibrahim di tempat kedua manakala 25 lagi peserta sagu hati membawa pulang hadiah Kad Hadiah Sogo bernilai RM400.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Oktober 2019 @ 5:00 AM