WOOFIZIWOO eksklusif untuk AEON adalah gabungan fesyen tradisional Malaysia dan moden yang turut diserikan dengan sulaman memberi makna indah.
WOOFIZIWOO eksklusif untuk AEON adalah gabungan fesyen tradisional Malaysia dan moden yang turut diserikan dengan sulaman memberi makna indah.
Suliati Asri


MEMERIAHKAN lagi sambutan Aidilfitri kali ini, AEON bekerjasama dengan label fesyen terkenal FiziWoo menerusi koleksi Raya 23 iaitu WooFiziWoo.

Bertemakan Pulang Desa, koleksi ini direka bukan saja untuk mengembalikan nostalgia di desa malah meraikan kegembiraan pulang ke kampung halaman bersama keluarga.

WooFiziWoo eksklusif untuk AEON adalah gabungan fesyen tradisional Malaysia dan moden yang turut diserikan dengan sulaman memberi makna indah.

Koleksi ini juga cukup bermakna untuk membawa pengguna mengimbau dan mengekalkan kenangan zaman kanak-kanak dengan motif bunga serta memperingati hiasan anggun dan klasik rumah pusaka di desa.

Menerusi koleksi Raya 23 ini, ia menampilkan lima set bunga yang disulam dengan teliti dan cantik iaitu Chempaka, Orked, Seri, Dahlia dan Mawar.

Ketua Barang Dagangan dan Pegawai Pemasaran AEON Malaysia Low Ngai Yuen berkata, pihaknya sangat teruja bekerjasama dengan FiziWoo menerusi koleksi eksklusif WooFiziWoo ini.

Katanya, rekaan yang menawan di samping memahami emosi dan sensitiviti pengguna melengkapkan agenda AEON untuk menyediakan akses yang estetika, serba guna dan mampu milik.

MOHD Hafizi Radzi Woo (kiri), Izree Kai Haffiz dan Ketua Pegawai Dagangan & Pemasaran, AEON Malaysia, Low Ngai Yuen ketika sidang media selepas pelancaran koleksi baju raya daripada WooFiziWoo.
MOHD Hafizi Radzi Woo (kiri), Izree Kai Haffiz dan Ketua Pegawai Dagangan & Pemasaran, AEON Malaysia, Low Ngai Yuen ketika sidang media selepas pelancaran koleksi baju raya daripada WooFiziWoo.

"WooFiziWoo eksklusif untuk AEON menyediakan rangkaian menyeluruh yang memenuhi keperluan lelaki dan wanita.

"Ia turut menampilkan baju Kurta Kandis berkualiti tinggi untuk lelaki yang turut dilengkapkan dengan set pasangan sepadan," katanya.

Yuen berkata, Set Chempaka antara koleksi yang perlu diberi perhatian kerana ia bukan saja menampilkan baju kurung dengan skirt simpul tetapi juga boleh didapati dalam saiz yang besar.

"Set pasangan Damak pula menampilkan rekaan baju Melayu cekak musang moden yang sesuai untuk sebarang majlis," katanya.

Sementara itu, Pengasas WooFiziWoo, Hafizi Radzi Woo berkata, pihaknya mahu mencipta koleksi yang bukan sahaja menghargai warisan Malaysia tetapi juga mempamerkan pendekatan unik serta moden dalam fesyen.

"Untuk koleksi kali ini, kami menggabungkan gaya tradisional dan kontemporari bagi menarik minat pelbagai peminat fesyen.

"Koleksi ini juga menawarkan pelbagai pilihan menarik buat semua dari baju kurung Kedah kepada kebaya yang lebih santai dengan reka bentuk klasik tetapi moden," katanya.

Koleksi ini boleh didapati di AEON terpilih iaitu di Taman Maluri, Mid Valley, Shah Alam, Tebrau City, Queensbay, IOI Putrajaya dan Kota Bharu, Kelantan.

Menariknya, setiap pembelian koleksi ini, ia disertakan dengan pek eksklusif merangkumi beg kertas Pulang Desa, sampul surat, kad terima kasih, paket wang Pulang Desa dan pelitup muka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2023 @ 6:47 AM