MODEL cilik yang mengambil bahagian dalam peragaan fesyen koleksi kanak-kanak Kids Republic AEON.
MODEL cilik yang mengambil bahagian dalam peragaan fesyen koleksi kanak-kanak Kids Republic AEON.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


MOOD perayaan sudah pun bermula dan AEON Malaysia mengadakan 12 Hari Kejutan dengan memperkenalkan lebih 12 produk pilihan pada harga istimewa.

Bagi ibu bapa yang mahu mencari hadiah untuk si comel, kunjungilah rangkaian pusat beli-belah itu untuk mendapatkan promosi istimewa jenama eksklusif pada harga menakjubkan sehingga 24 Disember ini.

Ketua Barang Dagangan dan Pegawai Pemasaran Aeon Malaysia, Low Ngai Yuen berkata, tumpuan utama sambutan perayaan kali ini adalah untuk menikmati detik penting antara ibu bapa dan si kecil serta keluarga berbilang generasi.

Kata Ngai Yuen,

gunakan peluang yang ada bagi meraikan sambutan dengan lebih bermakna untuk dikenang sepanjang hayat.

"Untuk ibu bapa yang mahu mencari hadiah kepada si comel, kami sediakan Hari Kejutan yang menampilkan 12 jenama ternama seperti LeapFrog, Fisher-Price, Beyblade, My Little Pony, Arctec, Sylvanian Families, Marvel, LEGO, Barbie, Nerf, Disney Princess dan Hot Wheels.

"Setiap jenama akan mempunyai Hari Kejutan khusus untuk menampilkan promosi istimewa jenama dan produk eksklusif pada harga yang menakjubkan," katanya pada majlis yang diadakan di Petaling Jaya, baru-baru ini.

AEON Malaysia mengadakan 12 Hari Kejutan dengan memperkenalkan lebih 12 produk pilihan pada harga istimewa.
AEON Malaysia mengadakan 12 Hari Kejutan dengan memperkenalkan lebih 12 produk pilihan pada harga istimewa.

Acara turut diserikan dengan pertunjukan fesyen kanak-kanak menarik sempena Hari Natal yang boleh didapati di Kids Republic AEON.

Antaranya JKIDS dan jenama popular dari Indonesia, JSP962.

Pelbagai rekaan fesyen kanak-kanak terbaharu boleh didapati dari gaya kasual hingga ke pakaian tidur.

Rekaan yang ringkas dan selesa daripada fabrik bermutu tinggi itu pasti dapat menambat hati si kecil.

Keceriaan pasti dapat dilihat pada raut wajah mereka bila menggayakan rekaan fesyen menarik itu apatah lagi jika melihat senyuman si comel selepas mendapat hadiah yang diidamkan.

Ia pastinya momen indah yang berharga dan akan dikenang oleh ibu bapa sampai bila - bila.

GAYA kasual yang selesa untuk kanak-kanak lelaki.
GAYA kasual yang selesa untuk kanak-kanak lelaki.

Sementara itu, AEON Malaysia mengumumkan pencarian duta kanak-kanak bagi jenama fesyen di bawah AEON iaitu Kids Republic untuk tahun 2023.

Kids Republic adalah seksyen fesyen sehenti bagi kanak-kanak serta keperluan ibu mengandung merangkumi pelbagai jenama untuk setiap majlis serta aktiviti.

Pelbagai hadiah menarik ditawarkan dan bagi yang berminat, jangan lepaskan peluang itu.

REKAAN menarik untuk kesayangan anda sempena perayaan Hari Natal.
REKAAN menarik untuk kesayangan anda sempena perayaan Hari Natal.

Ngai Yuen berkata, Kids Republic mencari kanak-kanak aktif yang mahu menyertai keseronokan dunia di sekitar mereka.

"Kami mahu mendengar impian dan inspirasi mereka. Kisah mereka akan dikongsikan bagi memberi dorongan serta inspirasi kepada kanak-kanak lain.

KOLEKSI pakaian kanak-kanak menarik untuk dimiliki dari AEON.
KOLEKSI pakaian kanak-kanak menarik untuk dimiliki dari AEON.

"Ini kerana Kids Republic adalah untuk semua kanak-kanak dan merekalah yang bakal mencorak masa depan kelak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2022 @ 7:00 AM