ALOE vera mengandungi bahan pelembap boleh memulihkan kulit.
ALOE vera mengandungi bahan pelembap boleh memulihkan kulit.
Nurul Husna Mahmud


Apabila keluar berseronok di tempat terbuka, mudah untuk kulit terjejas kerana terdedah dengan cahaya matahari yang terik.

Kebiasaannya mereka ini mengalami selaran matahari terutama yang 'lokek' mengenakan rutin penjagaan muka terutama krim pelindung sinaran ultra ungu (UV).

Gejala dialami bermula rasa 'pijat-pijat' pada muka, disusuli kulit menjadi kemerah-merahan sebelum menjadi gelap seakan-akan terbakar.

Bagi mengelak kesan lebih buruk, boleh gunakan lima cara berikut untuk melegakan selaran matahari:


1. Melembapkan kulit dengan aloe vera

Selepas mandi atau ketika kulit masih lembap, sapukan pelembap yang mengandungi aloe vera ke atas kulit.

Ini membantu 'menenangkan' kulit dan pemulihan yang pantas serta berkesan dengan memastikan kulit sentiasa lembap.

Untuk hasil lebih baik, pelembap yang mengandungi aloe vera diletakkan dalam peti sejuk sebelum dipakai pada kulit.


MINUM air yang mencukupi.
MINUM air yang mencukupi.

2. Pulihkan cecair dalam badan

Selaran matahari menarik cecair ke permukaan kulit dan menyingkirkannya daripada badan.

Pastikan minum banyak air atau minuman sukan untuk menggantikan cecair badan yang hilang dan menambah elektrolit.

Ini akan membantu kesan akibat terdedah cahaya matahari pulih dengan cepat.


MANDI air sejuk antara boleh mempercepatkan pemulihan kulit.
MANDI air sejuk antara boleh mempercepatkan pemulihan kulit.

3. Mandi air sejuk

Sebaik selesai aktiviti dan berehat, mandi menggunakan air sejuk untuk membilas sebarang sisa seperti klorin atau air garam yang boleh menyebabkan radang kulit.

Elak juga penggunaan sabun atau minyak wangi yang boleh mengeringkan kulit.


KULIT mudah terbakar apabila terdedah dengan cahaya matahari.
KULIT mudah terbakar apabila terdedah dengan cahaya matahari.

4. Mengurangkan kesan radang kulit

Sebaik menyedari anda mengalami selaran matahari, pengambilan ubat tertentu dapat membantu.

Namun sebarang pengambilan ubat anti-radang perlu atas saranan doktor terlebih dahulu untuk membantu mengatasi ketidakselesaan.

Ia bertujuan membantu mengurangkan bengkak dan menghilangkan rasa pijat daripada selaran matahari.


JIKA selaran teruk, guna pelindung seperti payung bagi mengurangkan komplikasi selaran.
JIKA selaran teruk, guna pelindung seperti payung bagi mengurangkan komplikasi selaran.

5. Elak terdedah lagi kepada cahaya matahari

Apabila kulit mengelupas akibat selaran matahari, lapisan di bawahnya lebih sensitif dan mudah terdedah kepada selaran matahari.

Cara terbaik untuk melegakan selaran matahari adalah dengan tidak terdedah kepada cahaya matahari terik atau melakukan aktiviti di tempat yang terbuka.

Gunakan langkah pencegahan termasuk mengenakan payung atau topi pelindung sesuai.

Selain itu, amalkan pemakaian krim pelindung sinaran UV untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

GUNAKAN krim pelindung UV elak kesan selaran serius.
GUNAKAN krim pelindung UV elak kesan selaran serius.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 September 2022 @ 6:04 AM