REKAAN kasut yang mengambil inspirasi Menara Berkembar Petronas. FOTO Ihsan Asics
REKAAN kasut yang mengambil inspirasi Menara Berkembar Petronas. FOTO Ihsan Asics
Nurul Husna Mahmud

Mercu ikonik kebanggaan rakyat Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC) menjadi inspirasi kolaborasi rekaan Asics GEL-Lyte III bersama platform komuniti kasut tempatan, Sneakerlah dan Hundred% sempena sambutan ulang tahun ke 30 jenama berkenaan.

Rekaan kasut turut dinamakan Sneakerlah itu, bakal menjadi tumpuan peminat aksesori terutama dalam genre 'Sneakers' sebaik dilancarkan pada November lalu.

Malah rekaan ini bakal menjadi seleksi edisi istimewa seperti mana impak kolaborasi Asics- GEL-Lyte III dengan beberapa jenama tersohor seperti CDG, KITH, atmos dan banyak lagi sebelum ini.

WARNA perak adalah pilihan tema warna utama berdasarkan warna utama struktur menara terbabit. FOTO Ihsan Asics
WARNA perak adalah pilihan tema warna utama berdasarkan warna utama struktur menara terbabit. FOTO Ihsan Asics

Ciri - ciri uniknya menampilkan reka bentuk yang berani dipengaruhi reputasi Menara Berkembar KLCC itu sendiri sebagai salah satu pencakar langit tertinggi di dunia.

Bahagian permukaan atas rekaan itu menggunakan kemasan material kulit berwarna perak seperti mana warna menara berkembar itu yang dilihat pada pandangan mata ramai orang.

CIRI berani dan menonjol antara karakter rekaan kasut ini berdasarkan reputasi menara terbabit antara pencakar langit tertinggi di dunia. FOTO Ihsan Asics
CIRI berani dan menonjol antara karakter rekaan kasut ini berdasarkan reputasi menara terbabit antara pencakar langit tertinggi di dunia. FOTO Ihsan Asics

Sedikit sentuhan hijau pada bahagian belakang dan tumit kasut itu adalah metafora bahagian cermin panel yang berwarna hijau pada menara berkenaan.

Efek khas diberikan pada rekaan kasut itu menerusi perincian seperti jalur yang bertindih merintangi sisi kasut dan kemasan pada hujung jari kaki.

KEMASAN warna hijau pada bahagian tumit menjelaskan rekaan cermin menara berkembar terbabit. FOTO Ihsan Asics
KEMASAN warna hijau pada bahagian tumit menjelaskan rekaan cermin menara berkembar terbabit. FOTO Ihsan Asics

Ia antara gambaran mengenai fenomena unik yang berlaku setiap hari apabila panel tingkap cemin menara berkembar memantulkan cahaya matahari.

Tidak lupa 'slang' tempatan 'Lah' turut menjadi pelengkap sempurna apabila diabadikan pada bahagian belakang kasut itu untuk menampilkan ciri-ciri tempatan yang unik.

Peminat tempatan boleh mendapatkan rekaan kasut unik berkenaan bermula 3 hingga 4 Disember ini, manakala pada 19 Disember ini pula untuk pasaran global.

‘LAH’ slang tempatan turut diabadikan dalam rekaan kasut berkenaan. FOTO Ihsan Asics
‘LAH’ slang tempatan turut diabadikan dalam rekaan kasut berkenaan. FOTO Ihsan Asics

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2020 @ 11:08 AM