SEKIRANYA berlaku sebarang kerosakan, tunggakan atau masalah yang berkaitan penyewa, wang deposit akan digunakan.
SEKIRANYA berlaku sebarang kerosakan, tunggakan atau masalah yang berkaitan penyewa, wang deposit akan digunakan.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


SETIAP kali ingin menyewa hartanah tidak kira kediaman atau premis perniagaan, pasti pemilik mahukan deposit sebagai pendahuluan.

Namun tahukah anda apa sebenarnya kepentingan deposit untuk penyewa dan tuan rumah?

Wang deposit secara umumnya adalah sebagai jaminan sekiranya berlaku sebarang kerosakan, tunggakan atau masalah yang berkaitan selain deposit rumah sewa itulah yang akan digunakan tuan rumah.

Namun sebagai penyewa, anda tidak perlu risau kerana sekiranya tiada sebarang masalah, tuan rumah akan mengembalikannya selepas tamat tempoh penyewaaan.

Wang deposit pula terbahagi kepada dua iaitu deposit tempahan dan deposit sekuriti.

Deposit tempahan perlu diberikan penyewa sebagai tanda persetujuan untuk menyewa premis berkenaan dan pemilik sudah tidak boleh menerima tawaran daripada pihak lain.

Kebiasaannya, tuan rumah akan meminta deposit tempahan dengan jumlah sewa sebulan namun ia juga bergantung kepada budi bicara.

SEKIRANYA berlaku sebarang kerosakan, tunggakan atau masalah yang berkaitan penyewa, wang deposit akan digunakan.
SEKIRANYA berlaku sebarang kerosakan, tunggakan atau masalah yang berkaitan penyewa, wang deposit akan digunakan.

Deposit sekuriti pula untuk melindungi tuan rumah daripada kerugian akibat sebarang kerosakan disebabkan pihak penyewa dan kebiasaannya jumlahnya adalah dua atau tiga bulan sewa dan tambahan deposit utiliti.

Sebarang kos membaiki kerosakan atau mencuci kekotoran yang ditinggalkan akan ditolak daripada deposit sekuriti berkenaan.

Sekiranya penyewa ingin menamatkan tempoh sewaan, perlulah memaklumkan kepada pihak tuan rumah dua bulan sebelum tamat tempoh menyewa.

Bagaimanapun, jika penyewa keluar lebih awal dari tempoh kontrak yang ditandatangani, tuan rumah berhak menolak daripada jumlah deposit sekuriti berkenaan.

Selain itu, deposit utiliti dalam jumlah tertentu juga perlu dibayar kepada tuan rumah sebagai jaminan penyewa membayar bil eletrik dan air seperti sepatutnya.

Ia bagi mengurangkan risiko sekiranya terdapat sebarang tunggakan daripada pihak penyewa selepas habis kontrak sewaan berkenaan.

Apapun, wang deposit sebelum menyewa memang agak besar jumlahnya namun ia adalah tanda komitmen penyewa kepada pemilik hartanah.

DEPOSIT utiliti dalam jumlah tertentu juga perlu dibayar kepada tuan rumah sebagai jaminan penyewa membayar bil eletrik dan air seperti sepatutnya.
DEPOSIT utiliti dalam jumlah tertentu juga perlu dibayar kepada tuan rumah sebagai jaminan penyewa membayar bil eletrik dan air seperti sepatutnya.

Sekiranya anda mampu membayar deposit rumah sewa tanpa sebarang masalah, ia pastinya membuatkan tuan rumah lebih yakin kepada pihak penyewa.

Ini kerana andai pada peringkat awal lagi pihak penyewa sudah tidak mampu memberikan komitmen (gagal menyediakan deposit), tidak mustahil sekiranya mereka mungkin bermasalah bagi membayar sewa bulanan pada masa hadapan kelak.

Namun, jika ada masalah menyediakan wang deposit secara terus, berbincanglah dengan tuan rumah untuk membayar secara ansuran jika dibenarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Oktober 2022 @ 6:06 AM