KOMANDER Markas Pangkalan TLDM Lumut, Laksamana Pertama Jamaludin Sairi menyerahkan Ensign TLDM kepada anak sulung Mohd Shahrizan, Nurul Shahfiqah. FOTO Aswadi Alias.
KOMANDER Markas Pangkalan TLDM Lumut, Laksamana Pertama Jamaludin Sairi menyerahkan Ensign TLDM kepada anak sulung Mohd Shahrizan, Nurul Shahfiqah. FOTO Aswadi Alias.
Noor Hidayah Tanzizi


Sitiawan: Jenazah Pegawai Waran II Mohd Shahrizan Mohd Termizi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10 Lekir, di sini, kira-kira jam 10 malam tadi.

Allahyarham Mohd Shahrizan, 41, adalah salah seorang daripada 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, semalam.

Suasana hiba sepanjang urusan pengebumian jenazah Allahyarham Mohd Shahrizan yang dilakukan mengikut istiadat kawalan jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pengebumian Allahyarham turut dihadiri lebih 500 ahli keluarga, rakan, penduduk setempat termasuk anggota serta pegawai TLDM bagi mengiringi perjalanan terakhir Mohd Shahrizan ke negeri abadi.

Ahli keluarga diberi masa kira-kira 40 minit untuk memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah dibawa ke Masjid Al-Khairiah Batu 10 Lekir, di sini untuk solat jenazah.

Komander Pangkalan Lumut, Markas Pangkalan TLDM Lumut, Laksamana Pertama Jamaludin Sairi menyerahkan Ensign kepada anak sulung Mohd Shahrizan, Nurul Shahfiqah, yang simbolik kepada penghargaan dan pengorbanan Allahyarham ketika berkhidmat dalam pasukan laut itu.

Terdahulu, van membawa jenazah Mohd Shahrizan tiba di rumah keluarga di Taman Bunga Tanjong, di sini jam 7.40 malam selepas selesai solat jenazah di Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Jalan Tambun, Ipoh.

Sebelum itu, Allahyarham dan sembilan mangsa lain menjalani proses bedah siasat di unit forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noor Ain Mohammad Ariffin, 41, dan tiga anak masing-masing dua perempuan dan seorang lelaki iaitu Nurul Shahfiqah, 21, Nurul Shahfizah, 20, dan Muhammad Shahfirul Aizad,15.

Dalam nahas 9.32 pagi itu, TLDM mengesahkan 10 anggota dan pegawainya terkorban membabitkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec.

Berita Berkaitan

Pemergian Sivasutan 'ragut' kebahagiaan keluarga kami - Bapa

Bantuan awal RM10,000 kepada setiap keluarga nahas helikopter TLDM

Penduduk kampung tunggu 'kepulangan' Joanna Felicia

Wan Rezaudeen Kamal beritahu mahu pencen awal

'Anak pertama kami dan yang pertama tinggalkan kami' - ibu Mohd Shahrizan

Laporan interim tragedi helikopter TLDM siap 2 minggu

Lembaga Siasatan TLDM siasat insiden helikopter - PAT

DUN Sabah bertafakur untuk mangsa nahas helikopter

Peniaga dengar bunyi helikopter terbang rendah

Perjalanan terakhir 10 perwira

Kakak Faisol mohon jenazah adik dibawa pulang ke rumah sebentar

'Arwah bagi tahu sebelum dia pencen, dia teringin nak naik helikopter'

Menteri-Menteri Besar rakam takziah kepada keluarga mangsa tragedi helikopter terhempas di Lumut

'Jenazah ibu sempurna' - Anak Noor Rahiza

'Cikgu pegang tangan sambil menangis, beritahu mama dah meninggal dunia'

Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan

'Yang baik selalunya 'pergi' dulu'

'Sepatutnya hari terindah tapi disambut berita sedih' - Adik Komander Muhamad Amir

'Mendiang abang baru berkahwin, hari ini kami terima berita menyedihkan'

Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk babitkan helikopter

'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu' - Bapa saudara

Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga

Laman sosial 503 Squadron dihujani doa, ucapan takziah

Keluarga Komander Muhammad Firdaus mohon diberikan ruang bertenang

Senarai penuh mangsa nahas helikopter TLDM

Henti spekulasi nahas helikopter TLDM, serah pihak berkuasa siasat - Fadillah

'Saya tidak dengar bunyi letupan, tiada percikan api'

'Adik kemas rumah, memasak di pagi raya' - kenangan terakhir bersama Noor Rahiza

'Kawan ma cakap ma sudah tak ada'

'Saya buat pengecaman dua kali... Saya lihat wajah anak tenang seperti tidur'

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 11:03 PM