ALLAHYARHAMAH Noor Rahiza yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak hari ini. FOTO Bernama
ALLAHYARHAMAH Noor Rahiza yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak hari ini. FOTO Bernama
BERNAMA

Ipoh: Anak sulung Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, Nur Qistina Awliyah Mohd Azinor, 16, mendedahkan jenazah ibunya masih sempurna dengan kecederaan di muka selepas proses pengecaman siang tadi.

Pelajar Tingkatan Empat itu memaklumkan hanya rahang di wajah ibunya patah selain itu tiada kecederaan serius lain pada jenazah.

"Rahang mama patah tapi Alhamdulilah jenazah sempurna," katanya ketika ditemui di Pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini malam ini.

Nur Qistina Awliyah berkata kali terakhir dia bertemu ibunya pada pagi tadi sebelum pergi ke sekolah yang berhampiran dengan rumah di kuaters dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.

"Sejak akhir-akhir ini mama memang sibuk, kadang-kadang balik sampai malam, mama cuma pesan belajar rajin-rajin," katanya sebak.

Bercerita mengenai kenangan bersama arwah, Nur Qistina Awliyah tidak menyangka keterujaan ibunya menyambut lebaran merupakan petanda akhir dia akan meninggalkan mereka sekeluarga

"Masa hari raya lepas, dialah yang paling teruja untuk tangkap gambar. Sampai ayah pun pelik.

"Lepas itu, mama cakap tak mengapalah mungkin ini akan jadi kenangan terakhir boleh simpan buat kenangan," katanya menambah baju raya ibunya akan menjadi kenangan terakhir buat mereka sekeluarga.

Menurut Qistina Awliyah lagi, ini merupakan kali pertama ibunya mengikuti program sempena Sambutan Hari TLDM.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata jenazah ibunya akan dikebumikan di Yan, Kedah.

Noor Rahiza, 39, merupakan seorang daripada 10 mangsa korban nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, pagi tadi.

Allahyarham meninggalkan suami dan empat anak berusia antara enam hingga 16 tahun.

Berita berkaitan

TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

'Abang hubungi ibu, ayah sebelum kejadian berlaku'

'Selepas ini mereka mungkin balik awal selalu' - Skuadron 503

Rakan menangis, sedih terima berita nahas helikopter

Anggota TLDM terbabit nahas helikopter beri bayangan Aidilfitri terakhir

Salah seorang mangsa suami sepupu Eyra Hazali

Bedah siasat di HRPB

Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur diaktifkan

TERKINI: Semua mangsa helikopter TLDM terhempas dibawa keluar

Helikopter TLDM terlibat dalam tiga kali raptai sebelum terhempas

Agong zahir takziah

Kementerian Pertahanan pertimbang semula penganjuran Sambutan Ulang Tahun TLDM

TLDM tubuh Lembaga Siasatan

Mangsa nahas helikopter TLDM dikenal pasti

2 helikopter dinaiki 10 kru

10 dilaporkan terkorban

Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2024 @ 12:05 AM