BUZZ Aldrin berjalan di atas bulan dalam Misi Apollo 11. FOTO Nasa
BUZZ Aldrin berjalan di atas bulan dalam Misi Apollo 11. FOTO Nasa
Agensi

Beijing: China mula menghantar angkasawan awamnya yang pertama ke angkasa lepas ke Stesen Angkasa Tiangong dalam misi mereka mahu mendarat di bulan menjelang 2030.

Negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu yang melabur berbilion-bilion dolar dalam program angkasa lepas kendalian tenteranya cuba mengejar Amerika Syarikat (AS) dan Rusia.

Sebelum kini, semua angkasawan China yang dihantar ke angkasa lepas adalah sebahagian daripada Tentera Pembebasan Rakyat iaitu Jing Haipeng, Zhu Yangzhu dan Gui Haichao.

Setakat ini, hanya 12 orang individu berjaya mendarat di bulan.

Pada 1962, Presiden AS, John F Kennedy menyatakan komitmen negaranya untuk meletakkan seorang angkasawan di bulan.

Pada 1969, Neil Armstrong menjadi individu pertama berjalan di atas bulan diikuti Edwin Buzz Aldrin.

Kedua-dua mereka individu pertama daripada 12 orang yang berjalan di bulan menerusi Misi Apollo.

Individu lain yang direkodkan pernah ke bulan ialah Charles Pete Conrad dan Alan Bean masing-masing menerusi misi Apollo 12; Alan Shepard dan Edgar Mitchell (Apollo 14).

Turut pernah menjejakkan kaki di bulan ialah David Scott dan James Irwin (Apollo 15), John Young dan Charles Duke (Apollo 16), Eugene Cernan dan Harrison Schmitt (Apollo 17).

ANGKASAWAN Apollo 17 mengendalikan kenderaan LRV di bulan. FOTO Nasa
ANGKASAWAN Apollo 17 mengendalikan kenderaan LRV di bulan. FOTO Nasa

Bagaimana rasanya berjalan atas bulan

Salah satu perkara yang paling menarik tentang berjalan di bulan ialah gravitinya rendah.

Graviti bulan adalah kira-kira satu perenam daripada bumi. Ini bermakna anda akan terapung kira-kira 16 peratus daripada apa yang anda lakukan di sini.

Malah, anda boleh melompat kira-kira enam kali lebih tinggi daripada ketika berada di bumi.

Buzz Aldrin, lelaki kedua yang berjalan di bulan, menyifatkan berjalan di bulan sama seperti trampolin, namun tidak stabil.

Misi bulan pada masa hadapan

Sudah lama manusia tidak pergi ke bulan namun Program Artemis, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) direka untuk membawa manusia kembali ke bulan.

Misi itu juga akan membawa wanita pertama dan orang berkulit hitam pertama di permukaan bulan.

Ia akan bekerjasama dengan organisasi komersial dan antarabangsa untuk menubuhkan pangkalan tetap di bulan, yang akan digunakan sebagai batu loncatan untuk misi akhirnya ke Marikh.

Matlamat awal Nasa adalah untuk mendarat di bulan sekali lagi pada 2024 namun tarikh itu dijangkakan tidak lebih awal dari 2025.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Jun 2023 @ 9:52 AM