DATUK Seri Anwar Ibrahim beredar selepas sidang media di Sungai Long Club House. FOTO  Aswadi Alias.
DATUK Seri Anwar Ibrahim beredar selepas sidang media di Sungai Long Club House. FOTO Aswadi Alias.
Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Muhamaad Razis Ismail


Kajang: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) akan diberikan kepada Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Katanya, jawatan itu akan diisi dua komponen terkuat di Semenanjung Malaysia dan di Sabah serta Sarawak.

"Kita akan buat keputusan dan umumkan jawatan TPM.

"Jawatan TPM dari komponen terkuat iaitu BN dan GPS.

"Pemilihan ini diyakini tidak menimbulkan masalah kestabilan dalam Kerajaan Perpaduan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 November 2022 @ 10:38 PM