GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 terus melonjak apabila 13,944 kes dilaporkan hari ini berbanding 11,034 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,939,198setakat ini.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

"Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," katanya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Februari 2022 @ 2:28 PM