Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini mencatatkan penurunan kepada 18,762 kes berbanding 20,897 kes direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, rekod terbaharu itu menjadikan kumulatif kes keseluruhan di Malaysia setakat ini kepada 1,765,016 kes.

Katanya, Selangor masih kekal merekodkan kes tertinggi dengan 3,711 kes diikuti Sabah (2,430) dan Sarawak (2,414).

"Johor pula mencatatkan 1,993 kes diikuti 1,762 di Pulau Pinang, Kedah (1,585) manakala Kelantan (1,504) kes.

"Selain itu, jumlah kes di Perak ialah 899 kes diikuti Pahang (715), Kuala Lumpur (573) serta Terengganu (506)," katanya dalam ciapan Twitter rasminya hari ini.

Sementara itu menurut beliau, Melaka pula merekodkan 309 kes dan Negeri Sembilan 291 kes baharu.

"Putrajaya dan Perlis masing-masing 34 dan 33 kes manakala Labuan kekal mencatatkan kes terendah iaitu hanya tiga kes setakat hari ini," katanya.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 September 2021 @ 3:28 PM