Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Sidang Khas Dewan Rakyat ditangguh selepas beberapa ahli parlimen meminta penjelasan berhubung kenyataan media dikeluarkan Istana Negara, hari ini.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Rashid Hasnon mengumumkan penangguhan 15 minit dan satu perbincangan akan diadakakan mengenai perkara itu.

Terdahulu Dewan Rakyat kecoh dengan beberapa ahli parlimen meminta tindakan segera diambil susulan kenyataan media berkenaan.

Di dalam kenyataan media itu Yang di-Pertuan Agong Al -Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyatan yang dibuat di Parlimen pada 26 Julai 2021 lalu bahawa kerajaan sudah membatalkan semua ordinan darurat yang dimasyhurkan oleh baginda sepanjang tempoh darurat walhal ia belum lagi diperkenan Seri Paduka.

Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita keraana apa yang diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun semasa menghadap secara maya pada 24 Julai 2021 bahawa cadangan pembatan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan mengenai kenyataan media oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin di Dewan Rakyat, disusuli desakan ahli parlimen lain supaya sidang ditangguhkan.

Sidang Khas Dewan Rakyat ditangguh pagi ini.
Sidang Khas Dewan Rakyat ditangguh pagi ini.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Julai 2021 @ 12:47 PM