MATA Izabela membengkak selepas keningnya ditindik. FOTO Agensi
MATA Izabela membengkak selepas keningnya ditindik. FOTO Agensi
Agensi

Rio de Jenerio: Hasrat untuk kelihatan cantik dengan menindik kening akhirnya meragut nyawa seorang remaja perempuan di Brazil.

Izabela Eduarda de Sousa , 15, yang masih bersekolah menderita jangkitan kuman selepas menindik sendiri kening di rumah.

Jangkitan kuman menyebabkan wajahnya terutama bahagian matanya bengkak.

Prosedur bertindik itu dibuat dengan bantuan seorang rakannya di rumah mangsa di Engenheiro Caldas, tenggara Brazil.

Dia sebelum itu sudah meminta kebenaran bertindik daripada ibunya namun permintaan itu ditolak.

Selepas tiga hari bertindik, Izabela mula menunjukkan simptom jangkitan yang membimbangkan.

Kawasan matanya mula membengkak dan dia dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut selepas diserang sakit jantung.

Tubuh gadis itu mula menolak ubat yang dimasukkan bagi merawatnya sehingga tahap kesihatan semakin lemah.

Dia juga mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan dan pemantauan lanjut.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu dia akhirnya meninggal dunia di hadapan ahli keluarga.

Doktor memaklumkan Izabela akan kehilangan penglihatan jika hidup ekoran tindakannya bertindik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Julai 2021 @ 7:05 AM